Thursday, September 25, 2008

RENUNGAN

Bismillah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Mengasihani

Pertama.. Sejak kebelakangan ini penulis akan cuba men"copy" dan menge"paste" artikal yang boleh menitiskan air mata penulis. Benar, penulis cuba untuk berlaku macho tapi apakan daya penulis.. manusia biasa.

Setalah kita merdeka 51 tahun.. kita mash lagi mendengar cerita-cerita begini..? Dan apakah sistem pemerintahan kita masih lagi di tahap ortodok? Bukan niat penulis untuk menyalahkan pemerintah BN saja tapi tampok PR juga mestilah pro-aktif untuk menanggani masalah ini. Betul2 wujudkan / menuanikan kebajikan.. bukan beri kebajikan kepada yang dah ada rumah.. kereta tapi masih jauh di dalam sana perihal tentang kebajikan.

Penulis merasakan setelah arikel dari surtkhabar tersiar maka berpusu-pusulah unutk memberi kebajikan dan yang lebih azab lagi majlis penyampaian "kebajikan" akan disiarkan dlm surt khabar.

Bagi penulis.. sesuatu ehsan sepatutnya tangan kanan memberi akan tetapi tangan kiri tidak ketahui. Itu pandangan penulis.

Apapun, penulis dengan rendah diri.. memohon ke Hidrat Illahi agar dijauhkan diri penulis dr sikap tamak dan riak.

Kisah sedih di gerai kuih....

Friday, September 26, 2008


Salam semua...

Hari ini saya sempat mengikuti majlis CEO Engagement di pejabat. Majlis begitu ceria dan penuh persembahan montaj daripada pelbagai jabatan termasuklah daripada jabatan kami di Health Safety and Environment (HSE). Hampir 2 jam majlis berlangsung yang dimulai dengan tazkirah ringkas daripada Uztaz Ahmad Syukri. Kisah saya ingin kongsikan di sini adalah daripada seorang rakan lain iaitu Pengurus Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Ir. Che Ujang Ibrahim. Beliau menyampaikan sebuah sajak yang menurutnya telah disimpan sejak 6 tahun lepas. Hari ini beliau sudi berkongsi sajak tersebut buat kali pertamanya di khalayak.

Sajak itu tidaklah begitu istimewa kerana sebagai seorang jurutera elektrik, Ir. Che Ujang seperti saya jua agak rabun seni. Namun kisah di sebalik sajak tersebut begitu menyentuh hati....saya dapati beberapa hadirin yang menitis air mata mendengarnya. Kisah ini berlaku pada 6 tahun lepas semasa beliau singgah di sebuah pasar Ramadhan untuk membeli juadah berbuka. Terdapat 2 kanak-kanak lelaki yang berada di hadapan beliau dengan berpakaian comot namun terpancar cahaya keanakan pada wajah mereka. Kedengaran suara lembut si abang bertanya adiknya kuih yang ingin mereka beli sambil memegang sekeping wang RM1. Si adik berkata beliau teringin sangat nak menjamah nasi sebagai juadah berbuka, dengan wajah yang penuh harapan. Si abang membalas,"adik, abang cuma ada satu ringgit sahaja, tak boleh lah beli nasi. Kita makan kuih saja lah"..

Che Ujang dengan suara yang penuh sebak menambah,"apabila mendengar perbualan anak-anak ini, saya teringatkan keadaan saya sendiri semasa kecil. Mungkin sahaja Allah Taala sengaja nak mengingatkan saya melalui 2 anak kecil ini. Selepas daripada itu Che Ujang berhenti seketika sambil menahan nafas sebaknya dan suasana dewan sunyi sepi...Beliau menyambung, "bukan semua harta yang ada di tangan kita itu adalah untuk kita, sebahagiannya adalah untuk dibahagikan kepada mereka yang lebih memerlukan".

Setelah mendengar luahan hati beliau, saya termenung seketika sambil teringatkan sebuah hadith yang disampaikan pada tazkirah Ramadhan beberapa malam sudah. Ustaz menceritakan bahawa suatu hari Nabi s.a.w. telah berkata kepada para sahabat, "kamu semua terlalu sayangkan harta orang lain". Para sahabat berasa pelik sambil menafikan pernataan tersebut biarpun dua kali baginda mengulanginya. Kemuadian mereka bertanya baginda tentang maksud sebenar pernyataan tersebut. Kemudian Nabi s.a.w. menerangkan maksudnya ayat tersebut yang lebih kurang begini maknanya. Kita sayangkan harta yang ada di tangan, sedangkan harta itu adalah harta orang lain. Apabila kita mati kelak harta itu akan sampai ke tangan orang. Harta kita yang sebenar adalah harta yang telah disedekahkan, pahalanya akan menemani kita sehinggalah ke akhirat kelak".

Saya tiada ulasan untuk posting ini, motifnya teramat terang lagi bersuluh. Sama-samlah kita hayati maksud hadith di atas dan kisah sedih di gerai kuih ini yer...wassalam.

Mat berhenti sekolah sara 8 adik

YAN 25 Sept. – Tiada yang lebih membahagiakan hati seorang abang setiap kali tiba hari lebaran selain melihat adik-adiknya segak memakai pakaian baru.

Itulah yang dirasai oleh remaja berusia 14 tahun di Titi Bakong dekat sini yang sanggup berkorban meninggalkan alam persekolahan semata-mata untuk melengkapkan sambutan Hari Raya Aidilfitri buat lapan adiknya.

Mohd. Norshahrul Amri Anuar, pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Yan di sini terpaksa memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga selepas bapanya dipenjarakan baru-baru ini.

“Walaupun saya kecewa dengan apa yang berlaku, sebagai anak sulung, saya berasa bertanggungjawab untuk menguruskan makan dan pakai adik-adik.

“Tak sanggup saya nak harapkan emak seorang diri menguruskan semua itu, tambahan pula adik-adik masih kecil untuk mengerti apa yang berlaku kepada keluarga kami,” katanya kepada Utusan Malaysia di rumahnya di Titi Bakong di sini.

Ekoran kedaifan itu, dia yang mesra dengan panggilan Mat terpaksa meninggalkan sekolah sejak awal bulan ini untuk bekerja sebagai kelindan lori dengan pendapatan harian RM10.

“Dengan pendapatan yang tidak seberapa, sedikit sebanyak ia dapat membantu emak menyediakan pakaian adik-adik tanpa hanya bergantung harap kepada ihsan jiran-jiran,” ujarnya.

Mohd. Norshahrul Amri, adik- adik dan ibunya hanya berteduh di sebuah bangsal membuat nira nipah milik datuk saudaranya.

“Walaupun bangsal ini tidak mempunyai sebarang kemudahan, ia sudah cukup membuatkan kami bersyukur kerana diberi tempat untuk berteduh,’’ ujarnya sayu sambil memandang ibunya, Norsidah Abu, 30.

Mohd. Norshahrul Amri juga terpaksa membantu ibunya menguruskan persekolahan empat adiknya iaitu Mastuti Nursiti Atika, 13; Ima Edayu, 11; Mohd. Adam, 9 dan Mohd. Wafi, 7.

Empat lagi adiknya ialah Mohd. Ellyas, 5; Mohd. Ellyasaq, 5; Nur Amisha, 3, dan Ahmad Danial, dua bulan.

Sementara itu, ibunya Norsidah berkata, jika diikutkan hati, dia tidak sanggup melihat Mohd. Norshahrul Amri berhenti sekolah untuk menyara mereka sekeluarga.

“Saya sering berkata kepadanya bahawa tempat dia adalah di sekolah dan bukannya di atas lori seperti sekarang.

“Tetapi dalam keadaan yang mendesak seperti ini, saya terpaksa membenarkan dia bekerja untuk mencari belanja makan dan minum kami terutama menjelang hari raya,” katanya.

Thursday, June 19, 2008

Cerita Dari Pekerja PETRONAS CARIGALI

Dua hari lepas, aku sempat makan tengahari di Kerteh bersama-sama member lama aku masa di ITM dulu. Walaupun berstatus Senior Engineer tapi beliau masih lagi memakai motor SS 110. Sama dengan motor aku masa belajar dulu. Ingat kat motor aku.

Bersama makan.. sembang-sembang maka tersasul pasal rege minyak.. dia lebih arif rasanya.. tapi aku yang paling best aku dengar " 5 minit pertama aku isi minyak adalah menyumpah Pak Lah". Aik .. orang Petronas pun sakit hati kat Pak Lah juagak ker..? ahaks..

Apapun member aku nie sempoi.. bukan Islam Hadhari katanya.. ini Islam asal.. bukan usul dari Pak Lah.. ahaks..

Teringat aku masa sehari sebelum rege minyak naik.. aku hantar mesej kat dia.. pasal rege minyk naik.. jawap dier.. "biar Pak Lah and Geng senang.. janji rakyat merana" Sinis jawapnya..

Apapun aku hantar lagi senario poitik kat kawasan aku.. saja simpan wat sejarah.. sebab UMNO akan lenyap kat M'sia jika Pak Lah tidak letak jawatan.

Tuesday, June 10, 2008

Tok Imam dan Tiga Pemuda

Di sebuah kg ada 3 org remaja yang suka lepak. seorang tu nama dia Ali, seorang tu Budin dan seorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni menybbkan tok imam tak senang duduk.

Pada satu hari tok imam tu datang dengan niat nak tarbiyah depa ni. Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar.

Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nanti. Si Ali pun berkata, "Tok imam ingat eden semuo ni jahil sangat ke? Takpa, nanti eden semuo buktikan yang eden semuo bukan lah jahil sangat seperti yang disangkakan".

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau. Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus saja Ali azan, "Allah Ta'ala... Allah Ta'ala..." dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada Ali & menyuruh tok bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali.

Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat 2x pun tak khusyuk juga lagi.. Masuk saja kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok, tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam." Tok imam pun undur lah ke belakang.

Budin pun angkat lah takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. tiba-tiba saja si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!" lalu batallah solat Budin. yang lain-lain pun ikut berenti sambil ketawa terbhk2.

Tok imam pun minta pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai lah habis sembahyang. Siap dengan wirid2nya sekali.

Punyalah respect tok imam kat si Ciko niii... Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dengan bongkaknye si Ciko berkata, "He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu. Kalau tak, lagi dassat eden sembahyang. He heee..."

Tok imam pun terkedu & terpana

sumber:antaracitadancinta