Thursday, June 19, 2008

Cerita Dari Pekerja PETRONAS CARIGALI

Dua hari lepas, aku sempat makan tengahari di Kerteh bersama-sama member lama aku masa di ITM dulu. Walaupun berstatus Senior Engineer tapi beliau masih lagi memakai motor SS 110. Sama dengan motor aku masa belajar dulu. Ingat kat motor aku.

Bersama makan.. sembang-sembang maka tersasul pasal rege minyak.. dia lebih arif rasanya.. tapi aku yang paling best aku dengar " 5 minit pertama aku isi minyak adalah menyumpah Pak Lah". Aik .. orang Petronas pun sakit hati kat Pak Lah juagak ker..? ahaks..

Apapun member aku nie sempoi.. bukan Islam Hadhari katanya.. ini Islam asal.. bukan usul dari Pak Lah.. ahaks..

Teringat aku masa sehari sebelum rege minyak naik.. aku hantar mesej kat dia.. pasal rege minyk naik.. jawap dier.. "biar Pak Lah and Geng senang.. janji rakyat merana" Sinis jawapnya..

Apapun aku hantar lagi senario poitik kat kawasan aku.. saja simpan wat sejarah.. sebab UMNO akan lenyap kat M'sia jika Pak Lah tidak letak jawatan.

Tuesday, June 10, 2008

Tok Imam dan Tiga Pemuda

Di sebuah kg ada 3 org remaja yang suka lepak. seorang tu nama dia Ali, seorang tu Budin dan seorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni menybbkan tok imam tak senang duduk.

Pada satu hari tok imam tu datang dengan niat nak tarbiyah depa ni. Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar.

Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nanti. Si Ali pun berkata, "Tok imam ingat eden semuo ni jahil sangat ke? Takpa, nanti eden semuo buktikan yang eden semuo bukan lah jahil sangat seperti yang disangkakan".

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau. Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus saja Ali azan, "Allah Ta'ala... Allah Ta'ala..." dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada Ali & menyuruh tok bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali.

Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat 2x pun tak khusyuk juga lagi.. Masuk saja kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok, tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam." Tok imam pun undur lah ke belakang.

Budin pun angkat lah takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. tiba-tiba saja si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!" lalu batallah solat Budin. yang lain-lain pun ikut berenti sambil ketawa terbhk2.

Tok imam pun minta pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai lah habis sembahyang. Siap dengan wirid2nya sekali.

Punyalah respect tok imam kat si Ciko niii... Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dengan bongkaknye si Ciko berkata, "He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu. Kalau tak, lagi dassat eden sembahyang. He heee..."

Tok imam pun terkedu & terpana

sumber:antaracitadancinta